top of page

PROGRAM BRIDGING 2017

UTM berperanan besar dalam melahirkan modal insan yang cekap, terlatih dan berpengalaman untuk memastikan semua urusannya berjalan lancar dan berkualiti. Begitu juga dengan staf teknikal yang bertugas menjaga makmal-makmal sains dan komputer yang menjadi aset universiti di setiap fakulti.

Program Bridging Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains ini merupakan salah satu usaha ke arah melahirkan staf teknikal makmal yang lebih terlatih. Terdapat silibus khusus serta peperiksaan khas untuk membolehkan Pembantu Makmal mendapat kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL). Seseorang Pembantu Makmal yang ingin dinaikkan pangkat ke Pen.Pegawai Sains perlulah telah lulus Kursus Peralihan ini.

 Objektif utama progaram bridging ini adalah :-

  • Untuk mengukur kesesuaian seseorang pembantu makmal dari segi potensi untuk menjawat jawatan didalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C27.

  • Untuk menguji kemahiran seseorang pembantu makmal berdasarkan kepada pengalaman dalam tugas harian yang dijalankan.

  • Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C27 melalui urusan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)

FOLLOW

  • Facebook
  • Instagram

CONTACT

ADDRESS

UTM Skudai

©2017 by Mohd Haziq Mahmad Toha. Proudly created with Wix.com

bottom of page