
AUGMENTED REALITY (AR)
Teknologi AR atau pun dipanggil Augmented Reality adalah Teknologi AR yang menguna pakai paparan semasa di skrin sesebuah komputer tangan atau tablet untuk dijalinkan dengan simulasi maya. Dalam erti kata yang mudah, objek maya diperlihatkan wujud dalam paparan kamera telefon pintar kita.
Sebenarnya banyak teknologi AR yang sudah dibangunkan dan ada antara kita telah menggunakannya. Antara aplikasi yang menggunakan pakai teknolgi AR dan pernah menjadi fenomena kepada seluruh dunia termasuk Malaysia, ialah Pokemon Go.
PENGENALAN TEKNOLOGI
Realiti tertambah, atau kadang dikenali dengan singkatan bahasa Inggerisnya AR (realiti diperkukuhkan), Ronald T. Azuma (1997) mendefinisikan realiti diperkukuhkan sebagai penggabungan benda-benda nyata dan maya di alam nyata, berjalan secara interaktif dalam masa nyata, dan terdapat integrasi antara benda dalam tiga dimensi, iaitu benda maya bersepadu dalam dunia nyata. Penggabungan benda nyata dan maya dimungkinkan dengan teknologi pandangan yang sesuai, interaktiviti dimungkinkan melalui peranti-peranti input tertentu, dan integrasi yang baik memerlukan penjejakan yang berkesan.
Selain menambah benda maya dalam persekitaran sebenar, realiti tertambah juga berpotensi menghilangkan benda-benda yang sudah ada. Menambah sebuah lapisan gambar maya dimungkinkan untuk menghilangkan atau menyembunyikan persekitaran nyata dari pandangan pengguna. Misalnya, untuk menyembunyikan sebuah meja dalam lingkungan nyata, perlu digambarkan lapisan perwakilan tembok dan lantai kosong yang diletakkan di atas gambar meja nyata, sehingga menutupi meja nyata dari pandangan pengguna.
Milgram dan Kishino (1994) merumuskan kerangka kemungkinan penggabungan dan peleburan dunia nyata dan dunia maya ke dalam sebuah kontinuum virtualitas. Sisi yang paling kiri adalah persekitaran nyata yang hanya mengandungi benda nyata, dan sisi paling kanan adalah persekitaran maya yang mengandungi benda maya.
Dalam realiti tertambah, yang lebih dekat ke sisi kiri, persekitaran bersifat nyata dan benda bersifat maya, sementara dalam augmented virtuality atau virtualitas tertambah, yang lebih dekat ke sisi kanan, persekitaran bersifat maya dan benda bersifat nyata. Realiti tertambah dan virtualitas tertambah digabungkan menjadi mixed reality atau realiti campuran.
Realiti tertambah boleh diaplikasikan untuk semua deria, termasuk pendengaran, sentuhan, dan bau. Selain digunakan dalam bidang-bidang seperti kesihatan, ketenteraan, industri pembuatan, realiti tertambah juga telah diaplikasikan dalam peranti-peranti yang digunakan orang ramai, seperti pada telefon bimbit.
SEJARAH AR
Sebenarnya sejarah tentang augmented reality sudah dimulai dari tahun 1957-1962, ketika seorang penemu yang bernama Morton Heilig, seorang sinematografer, menciptakan sebuah simulator yang disebutnya Sensorama dengan visual, getaran dan bau.
Pada tahun 1966, Ivan Sutherland menemukan head-mounted display. Tahun 1975, seorang ilmuwan bernama Myron Krueger menemukan Videoplace yang memungkinkan pengguna, dapat berinteraksi dengan objek virtual untuk pertama kalinya.
Tahun 1989, Jaron Lanier, memperkenalkan Virtual Reality dan menciptakan bisnes komersial pertama kali di dunia maya.
Tahun 1992 mengembangkan augmented reality untuk melakukan perbaikan pada pesawat Boeing, dan pada tahun yang sama, LB Rosenberg mengembangkan salah satu fungsi sistem augmented reality, yang disebut Virtual Fixtures, yang digunakan di Angkatan Udara Amerika Serikat Armstrong Labs dan menunjukan manfaatnya pada manusia, dan pada tahun 1992 juga, Steven Feiner, Blair Maclntyre dan Doree Seligmann memperkenalkan untuk pertama kalinya Major Paper untuk perkembangan Prototype AR.
Pada tahun 1999, Hirokazu Kato seorang kebangsaan Jepun, mengembangkan Augmented Reality Toolkit di HITLab dan didemonstrasikan di SIGGRAPH.
Pada tahun 2000, Bruce.H.Thomas mengembangkan Augmented Reality Quake, sebuah Mobile Game Augmented Reality yang ditunjukan di International Symposium on Wearable Computers.
Pada tahun 2008, Wikitude Augmented Reality Travel Guide, memperkenalkan Android G1Telephone yang berteknologi augmented reality.
Tahun 2009, Saqoosha memperkenalkan FLARToolkit (Flash Augmented Reality Toolkit) yang merupakan perkembangan dari Augmented Reality Toolkit.
FLARToolkit memungkinkan kita memasang teknologi Augmented Reality disebuah website, karena output yang dihasilkan FLARToolkit berbentuk Flash. Sebenernya Saqoosha terinspirasi dari NyARToolkit (sama-sama orang Jepang), tetapi NyARToolkit sudah banyak bahasa yang diambil mulai dari Java, C++, C#.
NyARToolkit juga sebenarnya mengadopsi dari ARToolkitmilik HITLab Washington. Sampai saat ini sudah banyak sekali software-software untuk membantu programmer dalam membuat aplikasi augmented reality.
Cadangkan penggunaan teknologi AR dalam kerja seharian sebagai seorang Penolong Pegawai Sains dan staf Universiti.
Cadangan saya Teknologi AR ni PERLU dalam kerja seharian sebagai seorang Penolong Pegawai Sains dan Staff Universiti kerana ia sangat memudahkan PPS untuk mencari sesuatu yang tersusun rapi dalam susunan atau tindihan. Ini boleh menyebabkan memenatkan Pihak PPS. Jadi, Contohnya PPS boleh "scan" sesuatu benda atau barang yang kita nak cari, Kemudian, PPS boleh tgk apa yang mereka "scan" dimana atau tinggi ke rendah.
Baiklah, saya akan menunjukkan TOTURIAL untuk membuat AR dengan menggunakan ENTiTi Creator.